Kekuatan Million Dollar Agency Sejak 2011

FAZZ Associates adalah sebuah pasukan Wealth Planner yang diasaskan bersama oleh saudara Darul Hisham bin Mat Shohor (bro Darul) dan Mohd Shaifuddin bin Ishak (bro Shaifuddin). “Fazz” yang bermaksud “menang” dalam bahasa Arab menjadi matlamat pasukan ini yang bercita-cita untuk mencapai kemenangan demi kemenangan.

Kedua-dua Bro Darul dan Bro Shaifuddin adalah individu-individu yang berpengalaman luas dalam industri selama lebih 15 tahun. Kumpulan ini telah berjaya mencapai taraf Million Dollar Agency bermula dari tahun 2011 lagi.

Pejabat-pejabat cawangan kami berada di bandar-bandar strategik Puchong, Seremban dan Alor Setar bagi tujuan latihan intensif dan perkembangan perniagaan.

Bagi fasa 2018-2020, FAZZ Associates menyasarkan untuk menjadi platform khas untuk memacu pembangunan generasi millennials.